+62 2129380882 office@aprobi.co.id

Giat Yakinkan Pemain Industri Guna B10

Usaha masih digiatkan untuk meningkatkan keyakinan pemain industri termasuk pengeluar kenderaan terhadap penggunaan bahan api biodiesel campuran 10 peratus metil ester sawit (B10). Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata ketika ini biarpun kajian yang dijalankan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) terhadap penggunaan B10 menunjukkan hasil positif, masih banyak pengeluar kereta yang belum menunjukkan keyakinan terhadap bahan bakar itu. Justeru, katanya, usaha untuk memperkenalkan dan melaksanakan penggunaan bahan bakar B10 dalam pasaran masih perlahan, namun isu yang ditimbulkan sedang ditangani. “Kami sudah berhubung dengan pihak industri termasuk pengeluar kenderaan dan mengambil kira kebimbangan yang disuarakan terhadap perlaksaannya termasuk isu jaminan yang ditimbulkan oleh pengeluar kereta iaitu ia hanya untuk penggunaan sehingga B7. “Sudah tentu industri pengangkutan bimbangkan kesan penggunaan B10 terhadap kenderaan. Atas sebab itulah MPOB dan pihak industri melakukan banyak kajian yang menunjukkan ia tidak menjejaskan keupayaan kenderaan,” katanya (BERITA HARIAN ONLINE)

https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2017/08/309672/giat-yakinkan-pemain-industri-guna-b10

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2017/08/309592/malaysia-sedia-laksana-mandat-biodiesel-b10