+62 2129380882 office@aprobi.co.id

Jaminan Kenderaan Mungkin Diperluas Kepada Biodiesel B10 Bagi Kenderaan Perdagangan

Kerajaan, menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), sedang berbincang dengan syarikat automotif untuk meluaskan jaminan kenderaan kepada biodiesel B10 bagi kenderaan perdagangan daripada B7 ketika ini. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata kerajaan juga membincangkan untuk meningkatkan kualiti minyak biodiesel dalam mesin dan kenderaan industri kepada B7 daripada B0 pada masa ini. “Kami memperkenalkan biodiesel B7 bagi kenderaan perdagangan pada Disember 2014. Kami sebenarnya sedang menimbang untuk menaikkan (kepada B10 daripada B7) dan telah berbincang dengan industri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pengeluar serta pengedar kereta, serta pemilik stesen minyak dalam tempoh beberapa bulan lepas. “Kami mengambil kira kebimbangan akan pelaksanaan (B10) dengan jaminan kenderaan hanya sehingga biodiesel B7,” katanya (BERNAMA COM)

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1379545